Monday, August 10, 2009

Tutup Botol..

Analisis Kesuburan.......

Pada satu hari, seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah berjumpa dengan
seorang doktor untuk membuat analisis kesuburan dan jumlah kandungan
sperma yang ada dalam air maninya. Kemudian doktor itu pun memberikan
sebuah botol lalu berkata,

"Pakcik ambil botol nie, esok datang balik jumpa saya bersama dengan
contoh air mani pakcik kat dalam botol nie ye."

Pada keesokan harinya, lelaki tua datang kembali bersama botol yang
diberikan oleh doktor itu semalam. Tapi doktor tu tengok takde apa pun
yang terisi kat dalam botol tu, kosong jer. Doktor tu bertanya ler kat
orang tua tu, "Apsal pakcik tak isi contoh air mani pakcik dalam botol
nie??".

Lelaki tua tu pun menjawab, "Tuan doktor, ceritanya begini, pada mulanya
tu, saya guna tangan kanan saya, tapi tak dapat jugak. Kemudian saya
gunakan plak tangan kiri, pun tak dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri
saya tolong. Isteri saya guna tangan kanan pun tak dapat, tangan kiri pun
tak dapat. Kemudian isteri saya pakai mulut plak, tak dapat jugak. Pas tu
dier gunakan gigi, pun tak dapat. Susah betul, sebab kami dah habis
ikhtiar, saya panggil anak perempuan jiran sebelah rumah kami, dier pakai
tangan dengan mulut jugak, pun tak dapat-dapat jugak", terang lelaki tua
tu.

"APA??? Awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..???", tanya
doktor tu terkejut beruk. Lelaki tua tu pun menjawab lagi,

"Ya., betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami cuba, tapi masih jugak tak
dapat nak bukak TUTUP BOTOL nie!!!"...

Kiamat

TANDA TANDA KIAMAT….

Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia . Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.

Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut.............. Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia , sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

Adakah anda percaya ?

Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang islam! sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita. Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat....................

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan . Tup..tup.. Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya.. oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian.. Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina)

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)



Mke je lawa tapi.......

Kasi tendang sama ini perempuan..!


H1N1 Song

H1N1 pown da ada lagu da..haha..
org malaysia plak buat
..



video

Friday, July 31, 2009


Undang-undang pelik diseluruh dunia..

Banyak perkara yang agak pelik berlaku di alam nyata. Bunyi macam mengarut, tetapi itulah kenyataan

THAILAND :

  • Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :
  • Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :
  • Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :
  • Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :
  • Dilarang berjalan (bogel)
  • Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :
  • Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
  • Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :
  • Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
  • Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :
  • Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
  • Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :
  • Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :
  • Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
  • Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
  • Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :
  • Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :
  • Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA
ARIZONA :
  • Dilarang memandu tanpa kasut.
  • Dilarang bermain domino di hari Minggu.
  • Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
  • Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
  • Dilarang memandu dengan mata tertutup.

ALASKA :
  • Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
  • Dilarang memberi minum bir pada rusa.
  • Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

ARKANSAS :
  • Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
  • Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
  • Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
  • Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

CALIFORNIA :
  • Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

COLORADO :
  • Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.

CONNECTICUT :
  • Dilarang mencium isterinya di hari minggu.

FLORIDA :
  • Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
  • Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
  • Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

WASHINGTON :
  • Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA :
  • Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang.

Halal ke x.......?

Is This Mutton Halal?

Rasa-rasanya halal tak kalau nak makan kambing ni? Kena samak dulu la kot. hahahaha

Cm mner la bleh jdi..

ha cm mner leh msok tangan tu ..?
plik















terima kasih fuad..

Thursday, July 30, 2009


CRITA BENAR KISAH SUKA DUKA FARHAN MASUK ISLAM


Kisah Farhan :Kisah Perjalanannya Masuk Islam
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.
Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). 'cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya ke rumah cikgu....'
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan 'cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya'. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- -
Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng..Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan- kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka..
Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.
Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,' mengapa Johanis....awak mengigau.... .'
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,'Cikgu Islamkan saya........ .'.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu..
Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.
Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... ... Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata....saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ...
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah..
Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan
supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,'You apa tahu...Islampun baru setahun jagung.....'
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura- pura nak belajar Islam....jatuh cinta.....lalu dimurtadkan. ..ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak
IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi
oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah


thnx to fairus laporpo...
ko ni bnyk btul crite..

Pelik..

korang sume mesti penah rase situasi cm ni aku rase la..
ni sume pe yang aku rase la..


lepas je makan aku dengan automatiknye akan menuang ckit air ke ats pinggan..

jgn meniup atau biarkan sharpener (pengorekpensel) kene kipas atau angin tie pisau tu akan tumpul..haha

tangkap gambar xleh tiga orang..nantie sorang lagi dipercayai akan mati..

xboleh tepuk atau pukul belakang seseorang untuk memanggilnye dipercayai seseorang itu akan pelupa..

guli yang kecik tu korang tanam kt dlm tanah..pastu sok ko tgok blik mstie jdi guli yang besar..

gigi yang patah xkesahla gigi yang mner patahnyer mstie buang atau baling kt bumbung rumah..
pelik2..??

habuk pensel yang dah dikorek atau diasah tu korang tanam sure esok akan jdi duit..
haha...

hotwheels (mainan kereta kecik tu) korg msokkn dlm peti ais...esok nye tgok blik sure die akan tukar colour..

time kecik2 bapak aku ckp biji buah xbleh telan tie akan tumbuh pokok dalam perut..
haha (time kecik percaye je la kn)..

dah abis potong kuku , kuku yang dipotong tu mstie buang kt dalam pasu bunga..

jgn maen dengan bayang-bayang nanti bayang2 tu hidup la,kco kte r malam-malam..

for girl..jgn bagi lelaki pegang tangan nanti mengandung..haha

aku rase tu je la yang terlintas kt otak aku ni tpi akurse banyak lg ..dah lupe plak..
mmg klakar plak aku pkir2 blik sume bende2 ni..tpi tu la yang aku alami time kecik
haha

Try Tengok..!

Sesape yang rse die tu hebat or laju sgt taip tu cbe test bende ni..
br tau la kn korg ni btol hebat ke x ..?



Test kepantasan menaip korang di Fast Finger. [klik sini]


Itu untuk ujian dalam bahasa melayu. Untuk english pula, [klik sini]